Selamat Datang Ke SK Gombak Setia

SK Gombak Setia merupakan sekolah bantuan kerajaan dan terletak di daerah Gombak. Ia mempunyai seramai 1486 orang murid pada tahun 2012 dengan kekuatan 76 orang guru.

Pelancaran FROG VLE Peringkat Sekolah

Pelancaran FROG VLE telahpun selesai dilancarkan pada 4 November 2012 dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Gombak Setia, Pn. Habibah Bt. Bakar.

Sesi Persekolahan 2013 bermula

Selamat Kembali ke sekolah kepada semua warga SKGS. Tahun 2013 pasti menjanjikan kenangan yang indah serta pengalaman manis yang tak dapat dilupakan. Pelbagai aktiviti telahpun di atur untuk semua warga sekolah untuk sepanjang tahun.

Kem Kepimpinan SK Gombak Setia 2013

23.2.2013, SABTU - Di perkarangan SK Gombak Setia, telah diadakan sebuah kem kepimpinan untuk para pengawas dan juga pengerusi/naib pengerusi persatuan, kelab dan sukan.

Wednesday 16 January 2013

Majlis Pemberian Bantuan Awal Persekolahan 2013 SK Gombak Setia

Majlis Pemberian Bantuan Awal Persekolahan 2013 telah pun selamat disempurnakan hari ini (17 Januari 2013). Penyampaian bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad, Penyelaras BN DUN Gombak Setia. Seperti yang dimaklumkan di dalam pembentangan belanjawan 2013 tempoh hari, semua murid sekolah akan mendapat bantuan kewangan tunai sebanyak RM100


Sesi persekolahan 2013 bermula

Keceriaan terpancar di wajah murid-murid Tahun 1 SK Gombak Setia yang baru memulakan langkah di alam persekolahan tahun 2013.  Kelihatan wajah - wajah ceria bertemu rakan-rakan di dalam kelas baru. Tak kurang juga ada yang menangis disebabkan tidak mahu berpisah dengan ibu bapa masing-masing. Begitulah suasana yang berlaku sekitar sesi persekolahan yang bermula di seluruh negara bermula 1hb Januari dan 2hb Januari 2013

Untuk murid-murid tahun 1, mereka perlu melalui Program Transisi selama 3 minggu untuk menyesuaikan diri mereka dengan suasana pembelajaran di sekolah. Majlis penutup majlis ini akan diadakan pada 18 Januari 2013 nanti. Diharapkan agar mereka dapat menyesuaikan diri mereka, seronok serta selesa belajar di SK Gombak Setia.






Tuesday 15 January 2013

Pelancaran FROG VLE SK Gombak Setia


Pelancaran FROG VLE telahpun selesai dilancarkan pada 4 November 2012 untuk 2 sesi dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Gombak Setia, Pn. Habibah Bt. Bakar. 

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.


Galeri Gambar Sepanjang Majlis Pelancaran FROG VLE

WordPress plugin