Wednesday 16 January 2013

Sesi persekolahan 2013 bermula

Keceriaan terpancar di wajah murid-murid Tahun 1 SK Gombak Setia yang baru memulakan langkah di alam persekolahan tahun 2013.  Kelihatan wajah - wajah ceria bertemu rakan-rakan di dalam kelas baru. Tak kurang juga ada yang menangis disebabkan tidak mahu berpisah dengan ibu bapa masing-masing. Begitulah suasana yang berlaku sekitar sesi persekolahan yang bermula di seluruh negara bermula 1hb Januari dan 2hb Januari 2013

Untuk murid-murid tahun 1, mereka perlu melalui Program Transisi selama 3 minggu untuk menyesuaikan diri mereka dengan suasana pembelajaran di sekolah. Majlis penutup majlis ini akan diadakan pada 18 Januari 2013 nanti. Diharapkan agar mereka dapat menyesuaikan diri mereka, seronok serta selesa belajar di SK Gombak Setia.