Selamat Datang Ke SK Gombak Setia

SK Gombak Setia merupakan sekolah bantuan kerajaan dan terletak di daerah Gombak. Ia mempunyai seramai 1486 orang murid pada tahun 2012 dengan kekuatan 76 orang guru.

Pelancaran FROG VLE Peringkat Sekolah

Pelancaran FROG VLE telahpun selesai dilancarkan pada 4 November 2012 dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Gombak Setia, Pn. Habibah Bt. Bakar.

Sesi Persekolahan 2013 bermula

Selamat Kembali ke sekolah kepada semua warga SKGS. Tahun 2013 pasti menjanjikan kenangan yang indah serta pengalaman manis yang tak dapat dilupakan. Pelbagai aktiviti telahpun di atur untuk semua warga sekolah untuk sepanjang tahun.

Kem Kepimpinan SK Gombak Setia 2013

23.2.2013, SABTU - Di perkarangan SK Gombak Setia, telah diadakan sebuah kem kepimpinan untuk para pengawas dan juga pengerusi/naib pengerusi persatuan, kelab dan sukan.

Tuesday 22 October 2013

Cara Mendapatkan user ID Yes dan Password Frog VLE untuk Ibu bapa

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SKGS.

Untuk pengetahuan semua, SKGS sedang membangunkan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG atas kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan YTL.  Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pemebelajaran ini. Untuk makluman ibu bapa, pada masa ini para pelajar sedang dan akan diberikan kursus berkaitan dengan VLE Frog yang akan digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menyiapkan tugasan di rumah.

Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan mendapatkan  USER ID dan PASSWORD dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:
1.   Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik ke 1Bestarinet

2.   Klik  Retrieve my 1BestariNet Yes ID 

3.    Sila masukkan NO KP dan NAMA PENUH pada ruangan yang disediakan. Klik Search. Jika nama anda terdapat dalam senarai, maka Nama, No KP, No telefon dan YES ID akan dipaparkan. Sila ikuti arahan seterusnya iaitu dengan memasukkan alamat emel dan no telefon yang sebenar. Kemudian klik UPDATE. Password anda akan diberikan secara serta merta ke telefon bimbit anda.


Pengenalan Frog VLE Untuk Ibu Bapa SK Gombak Setia

Di bawah Projek 1BestariNet,SK Gombak Setia telah melaksanakan Frog VLE. Apakah Frog VLE? Penjelasan yang lebih lanjut boleh didapati di SINI.

Pihak sekolah memohon kerjasama semua pihak bagi menjayakan program ini.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Manakala ibu bapa juga boleh memantau perkembangan pembelajaran anak mereka melalui pembelajaran maya ini. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog Vle yang berasaskan cloud.



Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. ``Lompatlah Ke Dunia Baru Bersama Frog Vle``

Jom tonton Video Pengenalan Frog VLE. Klik SINI untuk ke video FROGASIA by Yes

Sila Baca : Cara Mendapatkan ID Frog Vle Untuk Ibubapa

Saturday 23 February 2013

Kem Kepimpinan SK Gombak Setia 2013

23.2.2013, SABTU - Di perkarangan SK Gombak Setia, telah diadakan sebuah kem kepimpinan untuk para pengawas dan juga pengerusi/naib pengerusi persatuan, kelab dan sukanbagi tahun 2013. Kem ini diadakan adalah untuk menyemai sifat kepimpinan serta memupuk jati diri murid agar lebih berdedikasi, kental dan mampu untuk menjadi seorang pemimpin di masa hadapan.

Program selama 1 hari ini dijayakan oleh para guru-guru SK Gombak Setia yang berdedikasi serta sabar dalam menjalankan tugas mereka. Ramai diantara mereka yang berkampung di sini seawal 7.30 pagi hingga program berakhir pada pukul 5.45 petang.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini adalah ceramah motivasi, ceramah agama, latihan dalam kumpulan serta aktiviti fizikal. Semoga aktiviti sebegini dapat lagi diteruskan pada tahun-tahun hadapan. Gambar - gambar dapat dilihat di bawah

Kem Kepimpinan SK Gombak Setia 2013 - Imgur

Wednesday 16 January 2013

Majlis Pemberian Bantuan Awal Persekolahan 2013 SK Gombak Setia

Majlis Pemberian Bantuan Awal Persekolahan 2013 telah pun selamat disempurnakan hari ini (17 Januari 2013). Penyampaian bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad, Penyelaras BN DUN Gombak Setia. Seperti yang dimaklumkan di dalam pembentangan belanjawan 2013 tempoh hari, semua murid sekolah akan mendapat bantuan kewangan tunai sebanyak RM100


Sesi persekolahan 2013 bermula

Keceriaan terpancar di wajah murid-murid Tahun 1 SK Gombak Setia yang baru memulakan langkah di alam persekolahan tahun 2013.  Kelihatan wajah - wajah ceria bertemu rakan-rakan di dalam kelas baru. Tak kurang juga ada yang menangis disebabkan tidak mahu berpisah dengan ibu bapa masing-masing. Begitulah suasana yang berlaku sekitar sesi persekolahan yang bermula di seluruh negara bermula 1hb Januari dan 2hb Januari 2013

Untuk murid-murid tahun 1, mereka perlu melalui Program Transisi selama 3 minggu untuk menyesuaikan diri mereka dengan suasana pembelajaran di sekolah. Majlis penutup majlis ini akan diadakan pada 18 Januari 2013 nanti. Diharapkan agar mereka dapat menyesuaikan diri mereka, seronok serta selesa belajar di SK Gombak Setia.






Tuesday 15 January 2013

Pelancaran FROG VLE SK Gombak Setia


Pelancaran FROG VLE telahpun selesai dilancarkan pada 4 November 2012 untuk 2 sesi dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Gombak Setia, Pn. Habibah Bt. Bakar. 

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.


Galeri Gambar Sepanjang Majlis Pelancaran FROG VLE

WordPress plugin