Tuesday 22 October 2013

Cara Mendapatkan user ID Yes dan Password Frog VLE untuk Ibu bapa

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SKGS.

Untuk pengetahuan semua, SKGS sedang membangunkan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG atas kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan YTL.  Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pemebelajaran ini. Untuk makluman ibu bapa, pada masa ini para pelajar sedang dan akan diberikan kursus berkaitan dengan VLE Frog yang akan digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menyiapkan tugasan di rumah.

Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan mendapatkan  USER ID dan PASSWORD dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:
1.   Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik ke 1Bestarinet

2.   Klik  Retrieve my 1BestariNet Yes ID 

3.    Sila masukkan NO KP dan NAMA PENUH pada ruangan yang disediakan. Klik Search. Jika nama anda terdapat dalam senarai, maka Nama, No KP, No telefon dan YES ID akan dipaparkan. Sila ikuti arahan seterusnya iaitu dengan memasukkan alamat emel dan no telefon yang sebenar. Kemudian klik UPDATE. Password anda akan diberikan secara serta merta ke telefon bimbit anda.



  
4.  Kemudian, untuk mengakses platform 1Bestrinet VLE Frog SKGS, sila gunakan pelayar web Google Chrome. Taipkan URL ini --> http://www.bit.ly/vleskgs




5.   Masukkan YES ID dan PASSWORD anda. Kemudian Log In

6.   Berikut adalah Paparan School Dashboard yang  boleh dilihat oleh Ibu Bapa. Klik ke Laman Ibu Bapa untuk ke site tersebut. 


6.  Jika anda mengalami sebarang masalah berhubung dengan cara untuk mendapatkan ID bagi Ibubapa, sila hantar email pertanyaan ke vleadmin.BBA7203@Yes.My

P/S - ID murid telah diberikan kepada anak-anak anda melalui guru kelas mereka.. Jika ID mereka hilang dan sebagainya, anak anda boleh mendapatkannya semula melalui guru kelas.

Sila Baca : Pengenalan Frog VLE